Saturday, January 18, 2020
updated 10:03 AM UTC, Jan 18, 2020

Nahas FlyDubai - Perakam Data Dijumpai Dalam Keadaan Rosak Teruk

Rostov-on-Don (Rusia) - Perakam data kapal terbang penumpang yang terhempas di selatan Rusia ditemui dalam keadaan rosak teruk dan mungkin mengambil masa sehingga sebulan untuk dianalisa. 

Kesemua 62 penumpang dan anak kapal terbunuh dalam tragedi itu, Sabtu lalu. 

Pesawat Boeing 737-800, yang dikendalikan syarikat penerbangan tambang murah berpangkalan di Dubai, terhempas  ketika cuba mendarat  di lapangan terbang Rostov-on-Don. 

Pakar  telah memulakan pemeriksaan, membuka dan mengeluarkan memori untuk kajian lanjut dan bersedia untuk menyalin data dari perakam itu. 

Di bawah peraturan penerbangan antarabangsa, siasatan akan diketuai oleh Agensi penyiasat keselamatan udara Rusia dengan wakil-wakil dari Amerika Syarikat, di mana kapal terbang itu dibuat, dan Emiriah Arab Bersatu, tempat syarikat penerbangan itu beroperasi. 

Menteri Pengangkutan Russia Maxim Sokolov berkata lapangan terbang itu yang ditutup akibat tragedi tersebut akan dibuka semula pada pagi ini.  

 

*Foto REUTERS

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Berita Dunia
  • Jumlah paparan: 659