Friday, 25 September 2020

updated 2:03 PM UTC, Sep 25, 2020

Ibu Bunuh 3 Anak Dipercayai Hamil Di Arizona

Arizona - Seorang wanita berusia 29 tahun membunuh tiga orang anak sebelum menikam diri sendiri di rumahnya di utara Phoenix .

Mayat Kanak-kanak malang itu yang kesemuanya lelaki berusia 2 bulan, 5 tahun dan 8 tahun ,  ditemui dengan beberapa kesan tikaman.
 
Dua daripada mayat tersebut anaknya dibungkus dengan pakaian dan ditemui di dalam bilik tidur dan seorang lagi disumbat dalam almari pakaian.

Jurucakap polis Phoenix , Sarjan Trent Crump berkata rumah itu dimiliki oleh ibu wanita tersebut.

Ibunya ditemui dalam keadaan kritikal dengan kesan tikaman di perut dan leher.

Polis menerima panggilan  daripada abang suspek yang mengunjungi keluarga itu dirumah milik ibu wanita berkenaan.

Abangnya menghubungi polis selepas  menemui wanita berkenaan berlumuran darah dan bertindak mengunci pintu rumah.

Menurut polis, wanita tersebut yang dipercayai pada peringkat awal kehamilan, dan kini dirawat  di hospital.

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Berita Dunia
  • Jumlah paparan: 285