Saturday, 24 October 2020

updated 9:17 AM UTC, Oct 24, 2020

Komuniti Islam Di Fort Pierce Jadi Sasaran Ugutan

Fort Pierce - Pihak berkuasa Amerika Syarikat memberi amaran tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang ancaman terhadap masyarakat Islam di negara itu.

 

Pendakwaraya Lee Bentley mengingatkan, perbuatan mengugut bukan sahaja salah tetapi individu terbabit boleh didakwa di mahkamah.

 

Komuniti kecil Islam di Fort Pierce mendakwa mereka berdepan banyak cemuhan, malah ugutan bunuh kebelakangan ini susulan insiden tembakan rambang terbesar di Orlando yang meragut 49 nyawa dan mencederakan 53 yang lain.

 

Kejadian itu didakwa dilakukan Omar Mateen yang berasal dari Fort Pierce.

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Berita Dunia
  • Jumlah paparan: 286