Friday, 7 August 2020

updated 12:31 AM UTC, Aug 7, 2020

Kapal Itali, Ireland Dan Jerman Selamatkan Lebih 650 Orang Pendatang Di Laut

Rome - Beberapa kapal menyelamatkan seramai 668 orang pendatang  dari bot penyeludup yang menghadapi kesusahan di Laut Mediterranean dekat pantai Libya, menurut pihak berkuasa Itali - menjadikan jumlah keseluruhan pendatang diselamatkan  dari laut ke angka yang mengejutkan,  13,000 orang.

Usaha menyelamat oleh pengawal pantai Itali dan tentera laut kapalnya, dibantu oleh kapal dari Ireland dan Jerman dan kumpulan kemanusiaan, usaha yang terbaru oleh peronda pelbagai negara dikawasan selatan pulau Itali di Sicily.

Tentera Irish berkata ianya menyelamat pendatang seramai 123 orang dari kapal kecil Le Roisin dan menemui mayat seorang lelaki. Sebuah kapal Jerman rondaan pula memintas bot penyeludup dan juga terlibat dalam empat operasi menyelamat berasingan, menurut pengawal pantai Itali.

Sementara itu, tentera laut kapal Itali Vega yang menuju ke Reggio Calabria, membawa 135 pendatang yang terselamat dan 45 mayat dari usaha penyelamat sehari sebelumnya. 

 

 

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Berita Dunia
  • Jumlah paparan: 215