Wednesday, October 16, 2019
updated 3:08 PM UTC, Oct 16, 2019

Perkhidmatan Kereta Api Dan Teksi Tergendala Di Jepun Akibat Salji Tebal

Tokyo - Perkhidmatan kereta api dan teksi tergendala apabila salji tebal melanda bahagian timur dan barat Jepun, termasuk di bandaraya Tokyo. 

 

Media Jepun melaporkan, salji setebal enam sentimeter dicatatkan di pusat bandar Tokyo .

   

Orang ramai lewat tiba di tempat kerja  manakala stesen kereta api penuh sesak apabila perkhidmatan awam itu terpaksa dibatalkan.

 

Media tempatan juga melaporkan bahawa sejumlah 117 orang di wilayah Kanto telah dimasukkan ke hospital akibat kecederaan setelah tergelincir atau terjatuh.

 

Manakala lebih 40-ribu bangunan dan kediaman di Tokyo, Saitama dan kawasan Ibaraki mengalami terputus bekalan elektrik.

 

Agensi Meteorologi Jepun pula telah mengeluarkan amaran kemungkinan ribut salji  berlaku di utara dan barat Jepun 

 

 

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Berita Dunia
  • Jumlah paparan: 593