Tuesday, February 25, 2020

updated 1:27 PM UTC, Feb 25, 2020

Penumpang Pesawat Saudi Arabian Airlines Diarah Keluar Selepas Terima Nota Serangan Bom

Madrid, Sepanyol - Penumpang sebuah ke Riyadh dari bandar Madrid diarah keluar selepas nota serangan bom ditemui dalam pesawat terbabit yang kemudiannya disahkan palsu.

Penerbangan itu adalah yang terbaharu menerima ancaman palsu, ketika kebimbangan terhadap serangan pengganas memuncak, berikutan insiden jet penumpang Russia terhempas Oktober tahun lalu, di Semenanjung Sinai dan mengorbankan 224 orang.

Pesawat Saudi Arabian Airlines yang membawa 97 penumpang dan15 anak kapal itu dijadualkan berlepas pagi ini namun kapten pesawat meminta penumpang dipindahkan selepas menemui nota bertulis "bom 11.30".

Pesawat itu kemudian dibawa ke kawasan terpencil di lapangan terbang itu untuk diperiksa. Jurucakap pengendali lapangan terbang AENA yang enggan dikenali memberitahu AFP, maklumat yang diterima daripada polis mengatakan ia adalah amaran palsu. 


  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Berita Dunia
  • Jumlah paparan: 335