Monday, December 9, 2019
updated 4:42 AM UTC, Dec 9, 2019

Jepun Sokong Tindakan Baharu PBB Terhadap Korea Utara

 

Tokyo - Perdana Menteri Jepun menyokong tindakan PBB melakukan sekatan baharu terhadap Korea Utara.

 

Shinzo Abe mengeluarkan kenyataan itu semalam selepas sekatan lebih ketat itu berkuat kuasa.

  

Pada sidang media yang diadakan dipejabatnya, Shinzo Abe berkata, resolusi terbaru itu merupakan mesej yang jelas masyarakat antarabangsa terhadap Pyongyang. 

 

Resolusi itu juga mengandungi perspektif Jepun terhadap negara tersebut.

 

Tambah Abe, resolusi yang dibuat termasuk isu kemanusiaan, terutama isu penculikan yang menjadi keutamaan kerajaan Jepun.

 

Jepun turut menggesa Korea Utara menyelesaikan segera isu penculikan, nuklear dan peluru berpandu.

 

Abe turut membidas tindakan Korea Utara yang melancarkan peluru berpandu jarak dekatnya selepas pengumuman sekatan dibuat.

 

Suga, wakil kabinet Korea Selatan berkata, negaranya sentiasa menganalisis tindakan pelancaran peluru berpandu Korea Utara.

 

Tambah Suga, walau pun pembangunan nuklear Korea Utara bukan bertujuan menyerang Korea Selatan, namun mereka perlu bersedia.

 

Korea Utara menghadapi tindakan sekatan baru PBB, termasuk bantuan kewangan.

 

Resolusi PBB dibuat selepas mendapat persetujuan Amerika Syarikat dan China.

 

Pyongyang bagaimanapun bertegas menyatakan ia hanya melakukan pelancaran satelit ke orbit.

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Berita Dunia
  • Jumlah paparan: 437