Tuesday, February 25, 2020

updated 1:27 PM UTC, Feb 25, 2020

Sekurang-kurang 3 Mati Dan 154 Orang Cedera Ekoran Gempa Bumi Di Taiwan

 

Taipei,Taiwan  - Laporan terkini ekoran gempa bumi yang mencatat 6.4 skala Richter di selatan Taiwan, pihak berkuasa di bandar Taiwan selatan Tainan berkata tiga orang telah terbunuh dan 154 dimasukkan ke hospital.

Pasukan anggota bomba dan tentera telah bergegas ke tapak dua bangunan kediaman tinggi yang runtuh itu dengan tangga, kren dan peralatan lain dan selamatkan  221 orang di bawah bangunan runtuhan itu.

Agensi berita rasmi Taiwan mengatakan seorang bayi dan seorang lelaki berusia 40 tahun itu telah dikeluarkan dari bangunan runtuhan yang tingginya 17 tingkat, Bangunan  Wei Guan dan kemudiannya diisytiharkan mati. 

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Berita Dunia
  • Jumlah paparan: 424