Friday, July 3, 2020

updated 2:24 PM UTC, Jul 3, 2020

27 Maut Pelanggaran Bot Dan Kapal Nelayan

Kinshasa - Sekurang-kurangnya 27 maut dalam pelanggaran membabitkan sebuah bot dan kapal nelayan di Republik Demokratik Congo.

 

Menurut Gabenor wilayah Danau Mai-Ndombe, Gentiny Ngobila, bot yang membawa lebih 100 penumpang itu dalam perjalanan dari bandar d'Inongo ke Bokoro, ketika bertembung dengan kapal nelayan berkenaan. 

 

Kabus tebal dikatakan punca nahas.

 

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Berita Dunia
  • Jumlah paparan: 214