Sunday, 27 September 2020

updated 2:45 PM UTC, Sep 27, 2020

Empat Hospital Di Syria Ditutup

Beirut - Sekurang-kurangnya empat hospital di Aleppo terpaksa ditutup berikutan serangan udara oleh pasukan tentera Russia atau kerajaan.

 

Menurut Pemantau Hak Asasi Manusia bagi Syria, serangan udara yang semakin meningkat memaksa empat hospital di bandar itu dan satu di bandar Atarib menghentikan operasi kerana mengalami kerosakan.

 

Serangan udara itu sengaja menyasarkan kemudahan awam serta kedai roti, bukannya kumpulan bersenjata. 

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Berita Dunia
  • Jumlah paparan: 298