Tuesday, February 25, 2020

updated 1:27 PM UTC, Feb 25, 2020

Keganasan Di Sekolah Madison; Empat Pelajar Cedera

Ohia, Amerika Syarikat - Empat pelajar cedera apabila seorang pelajar melepaskan tembakan di sebuah sekolah di barat daya Ohio,Amerika Syarikat.

Dua pelajar di sekolah tinggi Madison di bandar Middletown ditembak dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan dan Pegawai daerah dan pihak Media tempatan menyatakan dua lagi pelajar cedera akibat terkena serpihan.

Suspek yang melakukan tembakan itu adalah seorang pelajar berusia 14 tahun dan dia melarikan diri dari tempat kejadian , bagaimanapun berjaya ditangkap.

Pelajar itu dikatakan membawa senjata ke sekolah pada hari kejadian dan kini semua pelajar lain berada dalam keadaan selamat.

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Berita Dunia
  • Jumlah paparan: 354