Monday, August 26, 2019
updated 5:57 AM UTC, Aug 26, 2019

Amerika Syarikat, Majlis Keselamatan PBB Menggesa China Untuk Mengenakan Sekatan Ketat Terhadap Korea Utara

Newyork - Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya di Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa China menyertai gerakan untuk mengenakan sekatan ketat secara terbuka terhadap Pyongyang yang mengabaikan panggilan berulang badan untuk menamatkan detonasi nuklear.

Sebanyak 15 negara anggota UNSC termasuk China mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Pyongyang selepas melancarkan ujian nuklear keempat yang disifatkan sebagai ancaman jelas kepada keamanan dan keselamatan antarabangsa.

Duta Uruguay, Elbio Rosselli yang merupakan presiden UNSC pada bulan ini menegaskan bahawa mereka tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya jika Korea Utara didapati melanggar resolusi PBB.

"Selaras dengan komitmen dan keseriusan perlanggaran ini, negara anggota UNSC akan mula bertindak segera terhadap langkah terkandung di dalam resolusi Majlis Keselamatan baharu," jelasnya.

 

 




  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Berita Dunia
  • Jumlah paparan: 310