Thursday, June 21, 2018
vital-top
updated 12:10 PM UTC, Jun 21, 2018

Presiden Iran Tangguh Lawatan Ke Austria Atas Faktor Keselamatan

Berlin - Presiden Iran, Hassan Rowhani menangguhkan lawatan negara ke Austria yang dijadual hari ini dan esok atas alasan keselamatan. 

 

Pengumuman mengenainya dibuat oleh pejabat presiden Austria.

 

Sementara itu, sumber kerajaan Austria memberitahu, keputusan Rowhani itu rentetan serangan pengganas di Belgium minggu lepas yang meningkatkan amaran keselamatan di seluruh Eropah ke peringkat tinggi. 

 

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Berita Dunia
  • Jumlah paparan: 226