Wednesday, November 13, 2019
updated 3:05 PM UTC, Nov 13, 2019

Vaksin Anti Denggi Pertama Di Dunia

Manila - Filipina melancarkan vaksin anti denggi, yang pertama di dunia.

 

Program imunisasi besar-besaran itu menyasar untuk melindungi kira-kira satu juta kanak-kanak sekolah daripada penyakit bawaan nyamuk itu.

 

Setiausaha Kesihatan, Janette Garin berkata, vaksin berkenaan mengandungi tiga dos yang diambil secara berperingkat.

 

800 pelajar di bandar Marikina di Manila merupakan kumpulan terawal menerima dos pertama vaksin tersebut daripada tiga lokasi sasaran yang merekod bilangan kes tertinggi denggi di negara itu.

 

Lebih 200ribu kes dilapor tahun lepas, termasuk 598 kematian. 

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Berita Dunia
  • Jumlah paparan: 318