Friday, July 3, 2020

updated 2:24 PM UTC, Jul 3, 2020

AS,Korea Selatan Jalani Latihan "Ulchi Freedom" Hadapi Ancaman Korea Utara

Seoul - Berpuluh ribu anggota tentera Amerika Syrikat dan Korea Selatan menjalankan latihan tentera bersama bagi menghadapi serangan besar-besaran dari Korea Utara.

Latihan yang dinamakan, "Ulchi Freedom" itu akan berlangsung selama 2 minggu melibatkan 50 ribu askar Korea Selatan dan 30 ribu anggota tentera Amerika. 

Semalam, Kementerian Penyatuan Korea Selatan mengeluarkan amaran menggesa rakyat negara itu berwaspada terhadap ancaman serangan Korea Utara.

Amaran juga dikeluarkan mengenai kemungkinan cubaan bunuh ke atas rakyat Korea Utara yang berpaling tadah dan aktivis anti-Pyongyang.

 

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Berita Dunia
  • Jumlah paparan: 243