Thursday, May 23, 2019

updated 10:09 AM UTC, May 23, 2019

Juara bertahan, Mar Marquez MotoGP Perancis di Le Mans

 

PERANCIS - Juara bertahan, Mar Marquez berjaya melakar kemenangan ke-300 buat Honda selepas mengungguli MotoGP Perancis di Le Mans.

Pelumba Repsol Honda itu mencatat 41 minit 53.647saat berkelebihan dua saat di hadapan dua pelumba Ducati, Andrea Dovizioso dan Danilo Petrucci.

Buat juara dunia lima kali itu, ini adalah kemenangan Grand Prix di peringkat tertinggi kali ke-47 dan ketiga buatnya musim ini.

Bagi pengeluar jentera dari Jepun, Honda, ia adalah kejayaan kali ke-300, selepas Jim Redman menghadiahkan kemenangan pertama pada 53 tahun lalu.

Selepas lima pusingaan Marquez kini mendahului lapan mata untuk kedudukan keseluruhan pelumba mengatasi Dovizioso pencabar terdekat dengan 87.

Pelumba Suzuki, Alex Rins menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-10 manakala pelumba veteran Itali, Valentino Rossi dari pasukan Yamaha di tempat ke 5.

 

  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Kategori: Berita Dunia
  • Jumlah paparan: 84