Saturday, April 4, 2020

updated 12:21 PM UTC, Apr 4, 2020

Pengebom Berani Mati Bunuh 70 Di Hospital Pakistan

  • Published in Berita Dunia

 

Quetta, Pakistan - Pengebom berani mati membunuh sekurang-kurangnya 70 di hospital Pakistan dan mencederakan lebih daripada 100 dalam serangan ke atas orang ramai yang sedang berkabung dan berkumpul di sebuah hospital di bandar barat daya Quetta.

Letupan bom itu berlaku pada orang ramai yang kebanyakannya terdiri dari peguam dan wartawan di jabatan kecemasan hospital untuk mengiringi mayat seorang peguam terkemuka yang telah ditembak dan dibunuh di bandar sebelum itu.

Abdul Rehman Miankhel, seorang pegawai kanan di Hospital Awam kerajaan yang berlakunya letupan itu, memberitahu pemberita bahawa sekurang-kurangnya 70 orang terbunuh, dengan lebih daripada 112 orang cedera.

"Terlalu ramai banyak cedera, jadi angka kematian boleh meningkat," kata Rehmat Saleh Baloch, Menteri Kesihatan wilayah.

Agensi berita Amaq, kepunyaan IS melaporkan pergerakan yang berpangkalan di Timur Tengah di sebalik kekejaman ini. Jika benar, ia akan menandakan satu perkembangan yang membimbangkan bagi Pakistan, lama dibelenggu oleh keganasan militan Islam tempatan.