Saturday, April 4, 2020

updated 12:21 PM UTC, Apr 4, 2020

Rama-Rama Terbesar Di Dunia Telah Ditemui Di China

  • Published in Berita Dunia

China - Seekor rama-rama terbesar di dunia telah dijumpai di Tengchong, wilayah Yunnan Barat Daya China akhir bulan lalu.

Rama-rama gergasi itu ditemui jatuh dalam pasu bunga di halaman bangunan kerajaan Wuhe.

Selain dari saiznya yang besar, coraknya yang unik dengan warna yang terang turut menarik perhatian.

Rama-rama itu dikatakan bukan berasal dari spesies rama-rama biasa tetapi sejenis rama-rama Attacus Atlas.

Ia juga dikenali sebagai "rama-rama kepala ular" kerana coraknya yang menyerupai kepala ular.

Dengan sayapnya yang lebar iaitu hampir 30 sentimeter, ia adalah rama-rama gergasi yang boleh ditemui di hutan tropika dan subtropika di seluruh Asia Tenggara, selatan China, Kepulauan Melayu, Thailand dan Indonesia.

Rama-rama itu dianggap serangga yang menakjubkan kerana boleh bertahan selama satu hingga dua minggu tanpa makanan dan hanya bertahan pada simpanan lemaknya.

Walaupun jangka hayat dewasanya pendek, ia mampu mengawan dan bertelur untuk memastikan spesies itu tidak pupus.