Friday, July 3, 2020

updated 2:24 PM UTC, Jul 3, 2020

Lebih 90 Orang Terkorban Banjir Di Nepal,India

  • Published in Berita Dunia

Kathmandu - Banjir dan tanah runtuh di Nepal dan India sehingga kini telah meragut nyawa lebih 90 orang.

Kira-kira 2 juta penduduk juga diarah berpindah dari kediaman masing-masing.

Menurut jurucakap kementerian dalam negeri, Jhanka Nath Dhakal, operasi mencari dan menyelamat mangsa diteruskan di kawasan yang teruk terjejas.