Wednesday, April 8, 2020

updated 11:58 AM UTC, Apr 8, 2020

Pilihan Raya President Peru - Kuczynski Atasi Fujimori Dalam Kiraan Undi Yang Belum Rasmi

  • Published in Berita Dunia

 

Lima, Peru - Pedro Pablo Kuczynski dijangka untuk menjadi presiden Peru  selepas kiraan undi yang belum rasmi memberinya kelebihaan kepada beliau dalam pilihan raya yang amat sengit dalam beberapa dekad, walaupun lawannya Keiko Fujimori masih belum mengaku kekalahan.

Presiden yang akan undur, Ollanta Humala dan pemimpin-pemimpin Colombia, Chile dan Argentina mengucapkan tahniah kepada Kuczynski, seorang bekas pegawai bank pelaburan, selepas keputusan diumumkan.

Kuczynski, seorang ahli ekonomi berkata beliau akan menunggu untuk kiraan yang muktamad sebelum mendakwa kemenangan kerana beribu-ribu undi yang dipertikaikan atau tidak jelas dan masih tak terhitung.

Hanya sebanyak 41.964 undi yang memisahkan kedua-dua calon president itu.

Walaupun jaraknya tidak turun atau naik, Fujimori telah ketinggalan sepanjang kiraan undi.

Kuczynski memenangi 50.12 peratus daripada semua undi diselaraskan manakala Fujimori mempunyai 49.88 peratus, menurut kenyataan ONPE, pejabat pilihan raya Peru.