Thursday, February 20, 2020

updated 7:55 AM UTC, Feb 20, 2020

Polis Tahan Lelaki Disyaki Penggal Kepala Seorang Kanak-Kanak

  • Published in Berita Dunia

Taiwan - Polis Taipei menahan seorang lelaki yang disyaki memenggal kepala seorang budak berusia empat tahun di luar stesen metro Taiwan, di ibu negara itu. 

Dalam tragedi  itu, lelaki berkenaan dikatakan memenggal kepala kanak-kanak tersebut dengan pisau sebelum dicampak ke kawasan pejalan kaki. 

Orang ramai yang marah dengan tragedi itu bertindak membelasah suspek ketika dia dibawa ke balai polis. 

Ibu kanak-kanak memberitahu, apabila dia ke tempat kejadian , orang ramai sedang memukul suspek dan menghubungi pihak  polis. 

Kemudian , wanita itu melihat anak perempuannya  terbaring di atas tanah di sebelah basikal mainannya. 

Agensi berita Taiwan (CNA) melaporkan bahawa, pihak polis percaya penyerang mempunyai sejarah penyakit mental dan penyalahgunaan dadah.