Wednesday, 26 January 2022

updated 12:31 PM UTC, Jan 26, 2022

Varian Omicron: Indonesia lanjut tempoh kuarantin pengembara

  • Published in Berita Dunia

JAKARTA, 4 Disember - Indonesia melanjutkan tempoh kuarantin mandatori daripada tujuh hari kepada 10 hari untuk penggembara yang masuk ke negara itu.

Ia berikutan kebimbangan terhadap varian Omicron.

Jurucakap kerajaan memberitahu dasar baharu itu tertakluk kepada perubahan semasa sementara mendapatkan lebih maklumat lanjut mengenai varian baharu itu.

Bagaimanapun tiada kes varian Omicron dikesan di negara itu setakat ini.

Dalam langkah berjaga-jaga lain, pegawai kerajaan dilarang melancong ke luar negara buat sementara waktu.