Thursday, 20 January 2022

updated 1:23 AM UTC, Jan 20, 2022

China siap sedia hadapi varian Omicron

  • Published in Berita Dunia

CHINA, 1 Disember - Pakar Akademi Sains Perubatan China mendedahkan varian Omicron merebak dengan sangat pantas berdasarkan data epidemiologi terkini di Afrika Selatan.

Bagaimanapun, masih belum jelas sama ada Omicron akan menggantikan Delta sebagai varian dominan di dunia.

Setakat 30 November, tiada kes dikaitkan dengan Omicron dilaporkan di mana-mana wilayah di China.

Jurucakap Institut Kawalan dan Pencegahan Penyakit Virus Nasional berkata negara itu sudah bersiap sedia untuk melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) vaksin khusus untuk menangani Omicron.

Banyak penyelidikan persediaan sudah selesai, membabitkan tiga teknologi vaksin untuk mutasi baharu COVID-19 itu.

Beberapa syarikat China telah pun melancarkan perancangan peringkat awal untuk vaksin berkenaan.