Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Perang saudara Yaman tiada titik noktah, 377,000 nyawa bakal terkorban penghujung tahun ini

  • Published in Berita Dunia

GENEVA, 24 November - 377,000 nyawa bakal terkorban penghujung tahun ini akibat perang saudara di Yaman.

Angka itu didedahkan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menerusi laporan dikeluarkan.

Hampir 60% kematian dijangka berikutan impak tidak langsung seperti kekurangan air, kebuluran dan penyakit.

Manakala, pertempuran berterusan akan membunuh 150,000 mangsa secara langsung.