Saturday, 4 December 2021

updated 5:48 AM UTC, Dec 4, 2021

55% Penduduk Thailand sudah terima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19

  • Published in Berita Dunia

THAILAND, 26 Oktober - 55% penduduk Thailand sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Ia direkodkan ketika kerajaan bersiap sedia menyambut kedatangan pelancong bermula 1 November.

Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 Dr Apisamai Srirangsan berkata sejumlah 70.5 juta dos vaksin telah diberikan sejak kempen vaksinasi bermula pada 28 Februari lepas.

Daripada jumlah itu, sekitar 40 juta dos pertama, 28.3 juta dos kedua manakala 2.13 juta dos ketiga atau penggalak.

Pihak berkuasa kesihatan meningkatkan usaha vaksinasi terutama di destinasi pelancongan yang akan menyambut pelancong bulan depan.

Lebih banyak vaksin akan diedarkan ke kawasan-kawasan tersebut.

Mulai 1 November, Thailand akan menyambut pelawat yang lengkap vaksinasi COVID-19 dari 46 negara dan wilayah berisiko rendah termasuk Malaysia dan mereka dikecualikan kuarantin.

Thailand berhasrat untuk menarik lebih satu juta pelancong bermula November hingga Mac.