Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Krisis Afghanistan: Pakistan International Airlines gantung penerbangan ke Kabul

  • Published in Berita Dunia

KABUL, 15 Oktober - Pakistan International Airlines (PIA), menggantung sementara penerbangan ke Kabul ekoran sikap tidak profesional pihak berkuasa Taliban.

Jurucakap PIA mendakwa penerbangan mereka sering berdepan kelewatan akibat sikap tidak profesional pihak berkuasa penerbangan Kabul.

Laluan itu akan terus digantung sehingga keadaan menjadi tenteram.

PIA meneruskan penerbangan khas ke negara itu untuk memberi ruang kepada rakyat Afghanistan melarikan diri daripada rejim dan tekanan ekonomi.

Badan kebajikan dan NGO antarabangsa kerap menggunakan perkhidmatan itu bagi membantu rakyat Afghanistan memandangkan tiket penerbangan sukar dibeli bagi penumpang biasa.

Syarikat penerbangan itu memberitahu operasi penerbangan ke Kabul tidak menguntungkan dan hanya menjalankan penerbangan atas alasan kemanusiaan.