Tuesday, 26 October 2021

updated 11:41 AM UTC, Oct 26, 2021

Jumlah kematian akibat COVID-19 di Amerika Selatan melepasi 1.5 juta orang

  • Published in Berita Dunia

MONTEVIDEO (URUGUAY), 10 Oktober - Jumlah kematian akibat COVID-19 di Amerika Selatan melepasi 1.5 juta pada Jumaat.

Sekurang-kurangnya 1,500,350 kematian dengan lebih 45 juta kes virus direkodkan.

Brazil melepasi 600,000 kematian semalam dan negara kedua paling teruk dilanda pandemik itu di dunia selepas Amerika Syarikat.

Selepas Brazil - Mexico, Peru, Colombia dan Argentina juga mencatatkan angka kematian tertinggi.

Peru mencatatkan jumlah 605 kematian bagi setiap 100,000 penduduk.

Di seluruh dunia, wabak ini meragut lebih 4.8 juta nyawa dengan lebih 237 juta kes jangkitan dilaporkan.