Tuesday, 26 October 2021

updated 5:28 AM UTC, Oct 26, 2021

Rakyat Lubnan tunjuk perasaan, bengang tindakan Bank sekat pengeluaran simpanan

  • Published in Berita Dunia

BEIRUT, 25 September - Sekumpulan warga Lubnan melakukan protes di luar 3 bank utama di Beirut, mendesak agar simpanan mereka dipulangkan semula.

Ini susulan tindakan kerajaan itu menyekat hak penduduknya untuk mengeluarkan deposit, susulan krisis ekonomi dan kewangan yang dialami.

Ekoran marah dengan situasi tersebut, penunjuk perasaan turut bertindak membaling telur dan tomato ke arah bank berkenaan.

Pihak Keselamatan dikerah ke lokasi bagi mengawal keadaan dan mengelakkan bank tersebut diceroboh.

Kesemua institusi kewangan Lubnan telah melaksanakan kawalan modal sejak negara itu berdepan krisis besar pada Oktober 2019.

Ini menyebabkan pendeposit tidak dapat mengeluarkan simpanan masing-masing.

Prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar negara itu menjunam hampir 40% sejak 2018.

Negara itu juga berada dalam kancah peperangan dan ini memburukkan situasi semasa di Lubnan.