Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Anggota kongsi gelap ditembak dua lelaki menyamar peguam

  • Published in Berita Dunia

NEW DELHI, 25 September - Di India, seorang anggota kongsi gelap mati ditembak ketika berdiri di hadapan hakim.

Lebih menakutkan, perbuatan itu dilakukan oleh dua lelaki yang menyamar sebagai peguam di dalam mahkamah.

Kejadian berlaku ketika mangsa sedang menunggu keputusan berhubung jenayah yang dilakukannya.

Menurut saksi sekurang-kurangnya 12 das tembakan dilepaskan ke arah mangsa sebelum suspek dibunuh oleh polis.

Dalam satu video yang dimuat naik di laman Twitter, situasi kecoh dan ketakutan sempat dirakam diluar mahkamah di daerah Rohini itu.

Mangsa yang berusia sekitar 30 tahun, dikaitkan dengan permusuhan kumpulan, pembunuhan, rompakan dan pemerasan di New Delhi dan negeri di utara India.

Isu keselamatan dan perlindungan sering dipersoalkan pemerhati undang-undang berikutan peningkatan kejadian pembunuhan saksi dan orang kena tuduh (OKT) di dalam mahkamah di India.