Saturday, 4 December 2021

updated 5:48 AM UTC, Dec 4, 2021

Gempa Bumi di Melbourne: Tiada rakyat Malaysia terlibat

  • Published in Berita Dunia

MELBOURNE, 24 September - Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian gempa bumi berhampiran Melbourne, Australia Rabu lepas.

Perkara itu disahkan Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne, Mazita Marzuki.

Menurut Mazita, pejabat Konsulat Jeneral di Melbourne akan terus memantau keadaan dan menasihati rakyat Malaysia agar bertenang.

Jelasnya, setakat ini tiada laporan mengenai kematian atau kecederaan serius melibatkan rakyat Malaysia.

Gempa bermagnitud 5.9 skala richter yang melanda Melbourne itu menyebabkan kerosakan pada bangunan di bandar kedua terbesar Australia tersebut.

Gegaran turut dirasai sehingga ke negara jiran.

Mengulas mengenai keadaan semasa di Melbourne, Konsulat Jeneral memaklumkan keadaan masih terkawal dengan keperluan asas, infrastruktur dan keperluan lain masih seperti biasa.

Sebanyak 46 kerosakan harta benda dilaporkan di Mansfield dan Melbourne.

Kira-kira 35,000 penduduk dan sebuah hospital terputus bekalan elektrik seketika.