Thursday, 23 September 2021

updated 1:42 PM UTC, Sep 23, 2021

Litar pintas dipercayai punca 41 banduan maut dalam kebakaran penjara di Tangerang

  • Published in Berita Dunia

TANGERANG, 8 September - 41 banduan dilaporkan terkorban dalam kejadian kebakaran sebuah penjara di Tangerang di Jawa Timur, Indonesia.

Ketua Lapas (Penjara) Kelas 1 Tangerang, Victor Teguh Prihartono dalam kenyataan berkata, kebakaran berlaku di Lembaga Pemasyarakatan Kelas Satu Tangerang, Blok C2 (penjara di Tangerang) pada Rabu, pukul 1.45 waktu Indonesia Barat.

Punca kebakaran dipercayai akibat litar pintas.

Setakat pukul 9.00 pagi tadi, 41 banduan yang sedang menjalani hukuman akibat kesalahan berkaitan dadah disahkan maut.

Blok Kelas Satu itu menempatkan 122 banduan.

Pihak bomba, polis dan tentera Indonesia masih melakukan kerja-kerja membawa banduan yang cedera ke hospital dan memindahkan banduan-banduan blok lain ke lokasi selamat.