Friday, 24 September 2021

updated 1:06 PM UTC, Sep 24, 2021

Pfizer dijadual bertemu pegawai FDA untuk kelulusan dos ketiga

  • Published in Berita Dunia

WASHINGTON, 13 Julai - Pfizer akan mengadakan pertemuan dengan pegawai kesihatan tertinggi Amerika Syarikat hari ini bagi meminta kebenaran untuk dos ketiga vaksin COVID-19.

Langkah itu dilakukan selepas Ketua Penasihat Perubatan kepada Presiden Joe Biden mengakui bahawa kemungkinan dos ketiga atau penggalak akan diperlukan.

Syarikat itu dijadual mengadakan pertemuan dengan Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) serta pegawai berkaitan lain, beberapa hari selepas Pfizer menegaskan bahawa dos vaksin penggalak diperlukan dalam tempoh 12 bulan.

Minggu lalu Dr. Mikael Dolsten dari Pfizer memaklumkan kepada wartawan bahawa data awal daripada kajian syarikat menunjukkan tahap antibodi akan meningkat lima hingga 10 kali ganda apabila dos ketiga diberikan.