Wednesday, 21 April 2021

updated 7:33 AM UTC, Apr 21, 2021

Amerika Syarikat salur semula dana bantuan kepada Palestin

  • Published in Berita Dunia

GAZA, 8 April - Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), menyambut baik rancangan Amerika Syarikat untuk menyalurkan semula dana bantuan kepada Agensi Kerja dan Bantuan PBB bagi Pelarian Palestin atau UNRWA.

Setiausaha Negara, Antony Blinken dalam satu kenyataan menyebut Amerika Syarikat merancang untuk memulakan semula bantuan ekonomi, pembangunan dan kemanusiaan untuk rakyat Palestin.

Pengumuman pakej bantuan itu termasuk 150 juta dolar untuk dana kemanusiaan UNRWA.

75 juta Dolar untuk bantuan ekonomi dan pembangunan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

10 juta Dolar pula untuk program pembangunan perdamaian melalui Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.