Thursday, 15 April 2021

updated 3:59 AM UTC, Apr 15, 2021

AFRIKA TENGAH: Lebih 20 maut manakala 600 lain cedera

  • Published in Berita Dunia

BATA, 8 Mac - Empat siri letupan kuat di kem tentera di Equatorial Guinea, meragut sekurang-kurangnya 20 nyawa manakala 600 lagi mengalami kecederaan.

Presiden Teodoro Obiang Nguema mendakwa ia disebabkan kecuaian tentera namun punca sebenar masih dalam siasatan.

Laporan Stesen TVGE menunjukkan kerosakan yang dialami di Kem Nkoa Ntoma di Bata yang menempatkan aset pasukan khas tentera.

Letupan pertama yang berlaku pada awal pagi dikatakan berpunca akibat kecuaian petugas di bahagian simpanan bahan letupan, dinamit dan peluru.

Bata merupakan bandar terbesar di Afrika Tengah yang kaya dengan minyak dan gas namun kebanyakan penduduknya miskin.