Wednesday, 21 April 2021

updated 7:33 AM UTC, Apr 21, 2021

Amaran tsunami di New Zealand, susulan gempa bumi kuat di Pasifik Selatan

  • Published in Berita Dunia

NEW ZEALAND, 5 Mac - Siren amaran tsunami kedengaran di pesisir New Zealand pada hari ini.

Ia dibunyikan kurang lapan jam selepas kawasan Pasifik Selatan dilanda tiga gempa bumi kuat.

Susulan itu, ribuan penduduk di pantai timur Pulau Utara negara itu dipindahkan ke kawasan lebih tinggi di Northland dan Bay of Plenty, berhampiran Auckland.

Terdahulu Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang berpangkalan di Hawaii memaklumkan, beberapa ombak kecil dikesan berhampiran ibu negara Tonga, Nuku'alofa, berukuran kira-kira tiga sentimeter.

Siren amaran tsunami terpaksa dibunyikan selepas mendapati ombak menjadi semakin besar apabila melintasi lautan.

Selain persisir New Zealand, amaran turut dikeluarkan buat beberapa kawasan, termasuk Vanuatu dan New Caledonia di wilayah Perancis.

Ketika ini negara terlibat telah mengambil langkah berjaga-jaga termasuk memindahkan penduduk ke kawasan selamat.