Wednesday, 21 April 2021

updated 7:33 AM UTC, Apr 21, 2021

Kerajaan Greece lanjutkan tempoh lockdown, kes baharu semakin meningkat dan membimbangkan

  • Published in Berita Dunia

GREECE, 5 Mac - Kerajaan Greece mengetatkan peraturan pergerakan, memanjangkan tempoh dan daerah yang dikenakan perintah darurat dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan di negara itu, sehingga 16 Mac depan.

Menteri Kesihatan, V assilis Kikilias menjelaskan, kes baharu meningkat kepada 2,702 daripada 2,353 kes, sehari sebelumnya dan kebanyakkannya dari Attica.

sehubungan itu, persediaan dilakukan dengan menambah unit ICU di hospital-hospital COVID di daerah Attica, sementara hospital biasa bersedia menerima bukan pesakit covid daripada hospital COVID.

Selain itu, Greece turut mengambil langkah menghadkan pergerakan penduduk, dan aktiviti luar.

Timbalan Menteri Pengawasan awam, Nikos Hardalias berkata, aktiviti berkumpul terutama di kalangan ahli keluarga, paling banyak menyumbang kepada peningkatan kes baharu minggu lalu.

Dalam pada itu, hanya perniagaan penting sahaja dibenarkan beroperasi selain, sekolah turut ditutup dan bekerja dari rumah amat digalakkan.

Kerajaan Greece menanggarkan kerugian dalam sebulan adalah sebanyak 3.62 billion dolar ketika tempoh lockdown atau perintah darurat dilaksanakan.