Wednesday, 21 April 2021

updated 7:33 AM UTC, Apr 21, 2021

Lubnan: Ekonomi merudum cetus tunjuk perasaan

  • Published in Berita Dunia



BEIRUT, 4 Mac - Puluhan tunjuk perasaan antikerajaan tercetus di seluruh Lubnan susulan nilai matawang negara itu mencecah paras terendah sekali gus memburukkan lagi kesukaran hidup rakyat.

Sebuah laman web rasmi lalu lintas tempatan melaporkan penunjuk perasaan menutup Dataran Abdul Hamid Karami dan jalan lain di Tripoli, utara Lubnan, dan Dataran Zahle di wilayah pentadbiran Beqaa di tengah Lubnan.

Semalam, Presiden Michel Aoun meminta gabenor Bank Sentral untuk menyiasat punca penurunan nilai mata wang negara itu dan mendedahkan sebarang amalan mencurigakan di sebalik kerugian.

Ia susulan, pound Lubnan jatuh ke paras 10,000 berbanding USD, memberi tekanan lebih banyak kepada ekonomi.

Kejatuhan ekonomi terbaru itu berlaku ketika kegagalan berterusan untuk membentuk kerajaan baharu sejak pentadbiran Perdana Menteri Hassan Diab berundur, enam hari selepas tragedi letupan yang menggegarkan pelabuhan Beirut pada Ogos lalu.