Wednesday, 21 April 2021

updated 8:34 AM UTC, Apr 21, 2021

Ujian calitan dubur: Jepun desak Beijing henti guna kaedah itu untuk saringan COVID-19

  • Published in Berita Dunia

TOKYO, 3 Mac - Tokyo meminta Beijing berhenti melakukan saringan COVID-19 menerusi kaedah ujian calitan dubur mengesan terhadap warga Jepun kerana prosedur itu menyebabkan trauma.

Ketua Setiausaha Kabinet, Katsunobu Kato berkata, desakan menghentikan ujian itu akan diteruskan sehingga Beijing memberi respons akan mengubah kaedah pengesanan COVID-19.

Kato pada satu sidang media berkata, desakan juga dibuat selepas pejabat keduataan Jepun di China menerima laporan daripada rakyat yang mengalami trauma teruk akibat ujian terbabit.

bagaimanapun, jumlah sebenar warga Jepun yang menjalani ujian tersebut setakat ini belum dapat dipastikan.

Beberapa bandar di China menggunakan sampel yang diambil daripada dubur untuk mengesan kemungkinan jangkitan COVID-19.

Kementerian Luar China bulan lalu menafikan laporan dan aduan kononnya diplomat Amerika Syarikat di negara itu perlu menjalani ujian calitan dubur bagi COVID-19.