Monday, 8 March 2021

updated 5:21 AM UTC, Mar 8, 2021

COVID-19: WHO jangka pandemik akan berakhir awal 2022

  • Published in Berita Dunia

EROPAH, 23 Feb - Penularan pandemik COVID-19 dijangka berakhir awal tahun 2022.

Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi Eropah, Hans Kluge (KLU) berkata, biarpun penularan wabak itu masih berlaku tahun ini, namun tindakan menanganinya lebih terurus berbanding tahun lalu.

Walaupun optimis dengan jangkaannya, Kluge (KLU) mengingatkan tiada sesiapa yang dapat mengetahui keadaan pandemik COVID-19 pada masa depan.

Dalam pada itu, WHO sedang memantau keberkesanan vaksin COVID-19 dan jika perlu vaksin dapat diubah berdasarkan mutasi baharu dan tidak perlu membangunkannya dari mula.

mutasi tidak akan menjadikan virus itu tidak terkawal namun ia akan memberi lebih tekanan kepada negara-negara yang sistem penjagaan kesihatan yang kurang memuaskan.