Thursday, 4 March 2021

updated 3:31 PM UTC, Mar 4, 2021

Joe Biden sah dilantik Presiden Amerika Syarikat ke-46

  • Published in Berita Dunia

WASHINGTON, 21 Januari - Joe Biden mengangkat sumpah sebagai presiden Amerika Syarikat ke-46 menggantikan Donald Trump yang memimpin negara itu selama empat tahun dengan penuh kontroversi.

Joe Biden, 78 tahun mengangkat sumpah di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Agung, John Roberts.

Kamala Harris pula merupakan wanita kulit hitam yang mempunyai darah Asia Selatan dilantik sebagai Naib Presiden.

Joe Biden menggesa perpaduan untuk memulihkan semula negara yang terjejas teruk akibat ancaman pandemik COVID-19.

Beliau juga berikrar untuk menjadi Presiden kepada seluruh rakyat Amerika dan memerangi keganasan domestik.

Joe Biden sebelum ini turut memberi jaminan bahawa bantuan menjadi keutamaan pentadbirannya dan telah mencadangkan pakej rangsangan bernilai AS$1.9 trilion.

Pelantikan Joe Biden sebagai Presiden baharu Amerika Syarikat telah melakar sejarah baharu di negara itu.

Majlis diadakan ketika musim pandemik Covid-19 berjalan lancar dengan kawalan keselamatan yang ketat.