Thursday, 4 March 2021

updated 3:31 PM UTC, Mar 4, 2021

White House dikawal ketat menjelang angkat sumpah Joe Biden sebagai Presiden AS

  • Published in Berita Dunia

WASHINGTON, AMERIKA SYARIKAT, 20 Januari - Ketika ini kawasan berhampiran White House dikawal ketat oleh pasukan keselamatan Amerika Syarikat menjelang angkat sumpah Joe Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat pada hari ini.

Anggota Pengawal Kebangsaan Amerika Syarikat dan pasukan polis perkhidmatan rahsia terus bekerja keras mengawal keselamatan Washington menjelang majlis penting berkenaan.

Difahamkan 12 anggota Pengawal Kebangsaan Amerika Syarikat dikeluarkan daripada senarai tugas berikutan dipercayai mempunyai kaitan dengan sokongan kepada tindakan keganasan.

Terdahulu, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) melakukan siasatan dalaman bagi memastikan tiada pelampau yang menyertai 25,000 anggota keselamatan yang terlibat dalam majlis berkenaan.

Dalam pada itu, di luar perkarangan White House, keadaan dipenuhi kawalan ketat anggota Pengawal Kebangsaan Amerika Syarikat menjelang hari pengesahan Biden sebagai Presiden.