Logo

Operasi SAR guna tiga kaedah di udara, permukaan dan dasar laut

JAKARTA, 10 Januari- Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) menggunakan tiga kaedah pencarian pesawat SJ-182.

Memetik laporan Antara News, Ketua BASARNAS, Bagus Purihito berkata, lokasi pencarian di sekitar kawasan nahas yang sudah dikenal pasti pasukan SAR.

Selain anggota BASARNAS, Tentera Udara Indonesia (TNI-AU) turut mengerahkan 150 anggota dan logistik bagi membantu operasi pencarian.

Pencarian dilakukan di atas permukaan dengan menggunakan helikopter TNI-AU serta satu unit bantuan dari BASARNAS.

Pencarian di permukaan pula menggunakan kapal, manakala di dasar laut menggunakan peralatan sonar.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.