Logo

Perkembangan nahas pesawat Sriwijaya Air: Pasukan SAR temukan serpihan

INDONESIA, 10 Jan - Perkembangan nahas pesawat komersial Sriwijaya Air.

Menteri Perhubungan Indonesia, Budi Karya Sumadi mengesahkan pesawat tersebut terhempas di perairan Kepulauan Seribu, Jakarta.

Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan -BASARNAS juga telah menemukan serpihan pesawat di perairan utara Jakarta.

Menurut pihak keselamatan antara serpihan yang ditemui itu adalah kabel, perca kain dan besi.

Pesawat jenis Boeing 737-500 itu dilaporkan membawa 62 penumpang termasuk kru serta 7 kanak-kanak dan 3 bayi.

Terdahulu; berdasarkan laporan televisyen tempatan terdapat nelayan mendakwa terlihat pesawat terhempas malah mereka turut menemukan beberapa serpihan kecil terapung .

Pesawat SRIWIJAYA AIR berlepas dari Jakarta 2.36 petang waktu Indonesia Barat menuju ke Pontianak.

Kontak terakhir pesawat itu dengan menara kawalan adalah 4 minit kemudian iaitu pada pukul 2.40 petang waktu Indonesia Timur.

Pesawat itu dijadualkan tiba di Pontianak, pukul 3.15 petang waktu Indonesia Timur atau 4.15 petang Indonesia Barat.

Berdasarkan data FlightRadar24, pesawat itu mencapai ketinggian hampir 11,000 kaki sebelum turun kepada 250 kaki yang kemudiannya terputus hubungan dengan menara kawalan.

Jurucakap Sriwijaya Air, Theodora Erika berkata pihaknya sedang mengumpulkan maklumat lanjut dengan segera sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.