Sunday, 17 January 2021

updated 1:18 PM UTC, Jan 17, 2021

Pesawat Sriwijaya Air hilang kontak, gagal dikesan

  • Published in Berita Dunia

PONTIANAK, 9 Januari- Sebuah pesawat komersial Sriwijaya Air dilaporkan hilang kontak selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta menuju ke Pontianak, hari ini.

Menurut jurucakap Kementerian Perhubungan (Pengangkutan) Indonesia, pesawat komersial itu berlepas pukul 2.36 petang waktu Indonesia Barat, dan dijadualkan tiba di Pontianak, pukul 3.15 waktu Indonesia Timur.

Tambahnya, kontak terakhir pesawat itu dengan menara kawalan adalah pada pukul 2.40 petang waktu Indonesia Timur, sebelum hilang.

Maklumat awal memberitahu lebih 50 jumlah penumpang dan kru pesawat dalam pesawat berkenaan.

Menurut media tempatan, yang memetik penduduk tempatan, mendakwa melihat sebuah pesawat terhempas di perairan Kepulauan Seribu, Jakarta.