Sunday, 17 January 2021

updated 1:37 PM UTC, Jan 17, 2021

Wisconsin dijadual sahkan kemenangan Biden selasa minggu hadapan

  • Published in Berita Dunia

AMERIKA SYARIKAT, 29 Nov - Proses kiraan semula undi di Milwaukee telah meningkatkan jumlah undi elektoral kepada Joe Biden sebanyak 132 undi.

Secara keseluruhan, Biden memperoleh 257 undi elektoral berbanding Donald Trump dengan 125 undi.

Proses kiraan semula di Milwaukee dibuat selepas mendapat permohonan daripada pasukan kempen Trump apabila Biden mengatasi dengan 20,000 undi bagi negeri Wisconsin.

Milwaukee merupakan daerah paling padat penduduk di Wisconsin dan terkenal sebagai kubu kuat Republikan mempunyai 460,000 pengundi.

Selain Milwaukee, pasukan Trump turut meminta kiraan semula undi dibuat bagi Dane County.

Kiraan semula undi bagi Dane County dijangka selesai hari ini.

Proses kiraan semula di dua lokasi ini berjumlah USD3 juta yang ditanggung oleh pasukan kempen Trump.

Wisconsin dijadual mengesahkan keputusan pemilihan Selasa ini.