Sunday, 17 January 2021

updated 1:18 PM UTC, Jan 17, 2021

COVID-19: Kes positif global meningkat lebih 54 juta kes dengan 1.3 juta kematian

  • Published in Berita Dunia

GLOBAL, 22 Nov - Jumlah kes positif COVID-19 global sudah melepasi 58 juta kes manakala, angka kematian melebihi 1.3 juta orang.

Sehingga semalam; Benua Amerika menyumbang lebih 24 juta kes diikuti benua Eropah dan Asia Tenggara.

Benua Eropah merekodkan 16.4 juta kes dan Asia Tenggara pula mempunyai lebih 10 juta kes positif COVID-19.

Amerika Syarikat pula mengatasi negara lain dari segi kes positif tertinggi iaitu melebihi 12 juta kes dan lebih 261,000 kematian.

Di dalam tempoh 24 jam, lebih 139,000 kes baharu direkod yang turut melibatkan lebih 1,000 kematian pesakit.

Rusia pula mencatat rekod jumlah harian tertinggi dengan lebih 24,000 kes baharu.

Russia berada di tangga kelima selepas India, Brazil dan Perancis.