Saturday, 28 November 2020

updated 8:37 AM UTC, Nov 28, 2020

Anakanda Sultan Brunei, Pengiran Muda Abdul Azim mangkat

  • Published in Berita Dunia

BRUNEI, 24 Oktober - Duli Yang Teramat Mulia, Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim, putera ke-7 Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah mangkat pagi tadi.

Media tempatan melaporkan, Almarhum Pengiran Muda Haji Abdul Azim mangkat pada pukul 10.08 waktu tempatan.

Kemangkatan dimaklum menerusi laman sosial Instagram @bruneiroyalfamily hari ini.

Jenazah Almarhum Pengiran Muda Haji Abdul Azim dimakamkan di Kubah Makam Diraja selepas solat Asar.

Pemerintah Brunei Darussalam memerintahkan bendera dikibar separuh tiang dan berkabung selama tujuh hari.

Diputerakan pada 29 Julai 1982, Almarhum mangkat pada usia 38 tahun.