Saturday, 28 November 2020

updated 8:37 AM UTC, Nov 28, 2020

Ireland kembali laksana perintah berkurung susulan peningkatan COVID-19

  • Published in Berita Dunia

DUBLIN, 21 Oktober - Perdana Menteri Ireland, Micheal Martin mengumumkan pelaksanaan semula perintah berkurung di negara itu susulan peningkatan kes COVID-19 di Eropah.

Ireland, adalah negara Kesatuan Eropah (EU) pertama yang mengenakan kembali sekatan pergerakan dan mengarahkan semua duduk di rumah.

Sekatan pergerakan itu selama enam minggu bermula tengah malam Rabu yang bakal menyaksikan perniagaan runcit tidak penting ditutup, manakala restoran hanya dibenarkan untuk hidangan bawa pulang.

Micheal Martin menyatakan penduduk hanya dibenarkan keluar dalam radius lima kilometer .

Setakat ini, 50,993 kes positif COVID-19 dicatatkan di Ireland dengan 1,852 kes kematian.