Saturday, 28 November 2020

updated 7:15 AM UTC, Nov 28, 2020

COVID-19: Lombardy kuat kuasa perintah berkurung bermula Khamis

  • Published in Berita Dunia

LOMBARDY, 21 Oktober - Wilayah Lombardy di Itali akan melaksanakan perintah berkurung pada waktu malam berkuat kuasa Khamis.

Langkah itu merupakan tindakan paling ketat diperkenal kerajaan selepas pelaksanaan perintah berkurung Mac lalu.

Perintah berkurung itu akan dilaksana antara 11 malam hingga 5 pagi.

Ia akan dikuat kuasakan sehingga 13 November.

Perkara terbabit diluluskan Menteri Kesihatan, Roberto Speranza selepas mengadakan mesyuarat dengan pihak berkuasa tempatan.

Menurut Presiden Lombardy, Attilio Fontana, perintah berkurung itu tidak akan memberi kesan serius kepada ekonomi.

Ini kerana ia hanya dilaksanakan pada waktu malam dan bukannya ketika kebanyakan urusan perniagaan berlangsung pada sebelah siang.

Secara purata Itali mencatatkan 10,000 kes baharu dalam sehari dengan wilayah Lombardy mencatatkan kes paling tinggi.