Saturday, 28 November 2020

updated 8:37 AM UTC, Nov 28, 2020

Singapura guna sistem pengecaman wajah tahun 2021

  • Published in Berita Dunia

SINGAPURA, 19 Oktober - Singapura menjadi negara pertama menggunakan pengecaman wajah dalam kad pengenalan diri.

Ini membolehkan pelbagai urusan harian rakyat menjadi lebih mudah dan pantas.

Sistem canggih itu bakal diperkenal tahun hadapan.

Sistem biometrik terbabit dibuat bagi menggantikan penggunaan kata laluan.

Menerusinya, rakyat Singapura boleh menggunakan sistem pengecaman itu untuk berurusan dengan agensi kerajaan, bank dan beberapa kemudahan lain.

Imej itu nanti akan diselaraskan dengan kad pengenalan, pasport dan pas kerja.

Antara perkhidmatan yang dalam ujian ialah sistem pencen dan perkhidmatan percukaian.

Ia mirip seperti digunakan beberapa peranti moden seperti telefon pintar dan komputer riba.

Sistem itu bagaimanapun mendapat kritikan kerana boleh mendedahkan rakyat negara pulau berkenaan kepada pencerobohan dan salah guna identiti peribadi.